BAB 5 : CADANGAN DAN PENAMBAHBAIKAN

5.1 PENGENALAN

Latihan industri ini amat baik untuk para pelajar kerana ianya lebih banyak memberi manfaat berbanding buruknya. Ia juga membuka peluang kepada saya untuk berhubung terus dengan pihak pengurusan syarikat dan seterusnya dapat berpeluang kepada saya untuk menjadi salah seorang daripada kakitangan syarikat ini apabila tamat pengajian.

Setelah menjalani latihan industri selama 4 bulan, terdapat banyak perkara yang telah saya pelajari sepanjang saya berada di KT SPORT RIM SERVICES. Seperti biasa , setiap perkara yang berlaku ada buruk dan ada baiknya, bergitu juga dengan latihan industri ini.

Seterusnya pada pandangan saya,pendapat dan cadangan ini sesuai dikemukakan kepada syarikat yang ingin mengambil pelajar praktikal kerana ia dapat membantu pengurus projek lebih memahami keperluan pelajar praktikal. Bukan itu sahaja , malah organisasi latihan juga boleh memperbaiki kelemahan syarikat yang mungkin tidak disedari selama ini.


5.2 ANALISIS DAN PENGALAMAN BEKERJA

Berikut merupakan ilmu dan pengalaman yang saya perolehi sepanjang menjalani latihan industri di KT SPORT RIM SERVICES

  • Menghadapi pelbagai karenah pelanggan-pelanggan
  • Sebelum membuat sesuatu kerja perlu utamakan keselamatan terlebih dahulu
  • Membuat sesuatu kerja dengan lebih pantas dan kemas
  • Belajar menhormati agama dan budaya orang lain
  • Menjaga displin diri sepanjang waktu berkerja
  • Mempelajari bahasa teknikal industri dalam pembaikpulihan kereta

5.3 KOMEN DAN CADANGAN

Semasa saya menjalani latihan industri di syarikat ini saya amat berpuas hati dengan layanan yang diberikan oleh majikan kepada saya yang menjalani latihan industri di syarikat tersebut. Walaupun syarikat ini hanya syarikat yang kecil tetapi dengan hasil kerjanya yang amat memuaskan,saya yakin syarikat ini boleh maju dan berkembang dengan lebih pesat. Namun begitu,pada pandangan saya terdapat juga kelemahan yang boleh menjejaskan prestasi syarikat ini ialah :
  • Pekerja seharusnya memberi komitmen yang mantap kepada majikan sewaktu melakukan kerja.
  • Perkerja perlu mengamalkan sikap hormat menghormati sewaktu bekerja.
  •  Pekerja seharusnya membantu dan memantau pelajar praktikal dalam menjalankan tugas.
  •  Pekerja perlu menegur kesalahan pelajar praktikal dengan cara yang berhemah.
CADANGAN

Sepanjang tempoh masa latihan industri,banyak pengalaman yang saya tempuh ada yang membawa pengalaman pahit dan manis. Di sini saya ingin kemukakan beberapa cadangan dan berharap cadangan ini dapat dipertimbangkan oleh pihak yang bertanggungjawab:

PIHAK SYARIKAT


  • Pihak syarikat perlu menambahkan lagi pekerja untuk menyiapkan sesuatu kerja dengan lebih pantas.
  • Pihak syarikat seharusnya menggantikan peralatan lama yang sering rosak dengan peralatan yang baru.
  • Pihak syarikat perlu memantau para pekerja dalam melakukan kerja.
  • Pihak syarikat seharusnya memantau sikap para pekerja apabila para pekerja berganding bahu melakukan kerja bersama pelajar praktikal.

Comments

Popular posts from this blog

BAB 4 : LAPORAN TEKNIKAL

BAB 2 : PENGENALAN SYARIKAT