BAB 6 : PENUTUP

Bismillahirahmannirahim ,

Syukur Alhamdulillah dengan izin Allah akhirnya saya dapat menyiapkan dan menhasilkan satu laporan industri yang telah diamahkan oleh Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pelajar-pelajar dengan jayanya. Dengan ini , tamatlah sesi latihan industri ini selama 4 bulan di KT SPORT RIM SERVICES. Maka dengan itu sempurnalah salah satu syarat untuk menerima anugerah sijil kemahiran Kejuruteraan Mekanikal. Laporan latihan industri ini boleh menjadi garis paduan dalam meneruskan usaha semasa pembelajaran kelak.

Di kesempatan ini, saya Muhammad Zulhairy Bin Ramly dari Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dengan berbesar hati ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada KT SPORT RIM SERVICES kerana sudi memberi peluang dan kerjasama kepada saya dalam menjalani program latihan industri di institusi ini untuk tempoh bermula 14 DESEMBER 2019 sehingga 17 MARCH 2020. Tidak lupa juga kepada semua kakitangan yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan kepercayaan kepada saya semasa menjalani latihan industri di sini. Segala panduan dan kerjasama meraka amat saya hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Setinggi-tinggi ucapan terima kasih diucapkan kepada semua kakitangan kerana telah banyak memberi tunjuk ajar dan bimbingan ketika saya menjalani latihan industri.Segala ilmu yang saya perolehi ketika menjalani latihan industri ini saya akan gunakan dengan sebaik mungkin apabila menempuh alam perkerjaan yang sebenar kelak.Jasa serta kerjasama daripada kalian semua amat saya hargai.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pensyarah-pensyarah Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah khususnya pensyarah program Sijil Kemahiran Kejuruteraan Mekanikal, serta Pengawai Perhubungan dan Latihan Industri yang terlibat dengan latihan imdustri yang selama ini memberi bimbingan dan semangat untuk saya lebih maju dan berjaya

Jutaan terima kasih juga kepada keluarga saya yang tidak putus-putus memberi kata semangat dan dorongan untuk melakukan yang terbaik semasa menghasilkan laporan ini. Tidak lupa juga buat rakan-rakan seperjuangan yang banyak membantu dan memberi kerjsama yang tidak terhingga dalam menyiapkan laporan akhir ini.

Comments

Popular posts from this blog

BAB 5 : CADANGAN DAN PENAMBAHBAIKAN

BAB 4 : LAPORAN TEKNIKAL

BAB 2 : PENGENALAN SYARIKAT